Bagi
seseorang pegawai kerajaan yang inginkan kenaikan pangkat, KPSL adalah satu
alternatif. Tahun lepas saya mendapat peluang untuk mengambil ujian ini kali
pertama. Oleh kerana tidak bersedia dengan baik, saya hanya lulus satu
paper daripada 3 paper. Bagi yang tidak pernah ambil ujian ini, terdapat 3
paper yang harus lulus untuk membolehkan kita dipanggil temuduga :
1)
Perintah Am, Peraturan-peraturan pegawai awam, arahan perbendaharaan dan
tatacara pengurusan stor.
2)
Panduan Pengurusan Pejabat, Arahan Keselamatan dan Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam
3)
Undang-undang Umum
Ujian
ini khas bagi pegawai gred sokongan N untuk masuk ke kumpulan profesional.
Tahun lepas saya sempat bertanya kepada rakan yang duduk di sebelah saya
(bercakap sekejap je) samada betul ke kita akan mendapat jawatan yang
lebih tinggi jika kita lulus peperiksaan ini dan terkejut saya apabila beliau
berkata bahawa beliau pernah mengambil ujian ini dan lulus peperiksaan dan
temuduga dan mendapat penempatan di Mahkamah Bintulu, Sarawak tetapi beliau
menolak tawaran kerana alasan jauh. Maka beliau mencuba lagi pada tahun lepas.
(tidak pasti beliau lulus peperiksaan tersebut kerana saya tak ambil nombor
contact beliau)
Jikalau
sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya, sila join sebagai follower saya di sebelah
kiri dan tinggalkan nama anda, giliran anda follower ke berapa
dan alamat e-mel di ruangan comment. Saya mempunyai soalan tahun 2013 ( 2 paper sahaja), 2012, 2011, 2010.
Syarat
utama untuk mendapatkan set soalan saya adalah menjadi follower saya, jika tidak
mempunyai blog sendiri gunakan alamat e-mel anda untuk join sebagai follower.